|
|
-:: Zaifull@Stingray Wrote On Wednesday, July 29, 2009 ::- Empat korban virus H1N1, membimbangkan |
Seorang wanita berusia 20 tahun meninggal dunia pagi semalam akibat
jangkitan selesema A (H1N1), menjadikan angka kematian di negara ini
meningkat kepada empat orang sejak seminggu lalu. Perkembangan ini disifatkan oleh pihak berkuasa kesihatan sebagai "membimbangkan", lapor Bernama. Ketua
Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dipetik berkata
wanita yang mengalami masalah kegemukan mati di Hospital Melaka akibat
pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran, dan palitan tekaknya
mengesahkan dijangkiti virus itu. Pesakit mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai lalu, katanya lagi. "Pada
8.30 malam hari yang sama kes dipindahkan ke unit rawatan rapi kerana
mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua
hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk
septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan
kegagalan fungsi paru-paru sebelum meninggal dunia jam 9.40 pagi
semalam," beliau dipetik berkata. Dr Mohd Ismail - sebelum itu
mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza A
(H1N1) - berkata kes kematian yang semakin meningkat adalah
"membimbangkan", lebih-lebih lagi kerana ia disebabkan oleh rawatan
yang lewat, sama ada disebabkan oleh pesakit yang lewat mendapatkan
rawatan atau doktor yang gagal mengesan jangkitan itu lebih awal. Tambahnya, mesyuarat hari ini mengambil ketetapan bahawa semua pengamal
perubatan sama ada di hospital atau klinik termasuk swasta hendaklah
memberikan tahap pemerhatian lebih tinggi kepada kes-kes pneumonia yang
disebabkan oleh influenza A (H1N1). "Kes-kes pneumonia terutama yang teruk hendaklah diuji kemungkinan jangkitan influenza A (H1N1)," katanya. Dr
Mohd Ismail berkata semua kes pneumonia teruk yang dirawat di hospital
perlu diambil palitan tekak untuk ujian influenza A (H1N1) dan
dimulakan rawatan antivirus serta diambil sejarah jangkitan penyakit
seakan-akan selesema (ILI) dan influenza A (H1N1). "Selepas berlaku empat kematian, saya harap orang ramai akan lebih berhati-hati.
Jika ada yang tidak sihat dan mempunyai simptom seperti sesak nafas dan
sebagainya, gunakan penutup muka dan segera dapatkan rawatan. Dr
Mohd Ismail berkata semua kes pneumonia yang teruk yang disyaki
disebabkan oleh influenza A (H1N1) juga hendaklah diberi rawatan
antivirus influenza dengan dos diganda. Mengenai situasi semasa,
Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 47 kes baru dilaporkan di seluruh
negara dan kesemuanya merupakan kes tempatan. Sebanyak 27
daripadanya meibatkan kejadian dari enam gugusan penularan baru, 10 kes
dari lima gugusan sedia adam manakala 10 lagi dikelaskan kes-kes
terpencil. Semalam, seorang lelaki rakyat tempatan berusia 42
tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A
(H1N1) Khamis lalu. Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi
meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang akibat pneumonia yang
serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan. Korban
kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di
hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari Ahad. Lelaki
tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan
pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut"
selepas tujuh hari di unit rawatan rapi di hospital swasta di Subang
Jaya. Rakyat tempatan itu yang bekerja di Belgium pulang pada 4
Julai lalu mula mengalami demam serta batuk selepas bercuti bersama
keluarga di Langkawi pada 13 Julai. Pada 23 Julai lalu,
seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat
Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut,
Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1). Source: Malaysiakini
Permalink
|
| Category:
Information |
|
posted by zaifull @
Wednesday, July 29, 2009 01:13 pm
|
|
If you want to be updated on this blog, enter your
email here:
|
|
-:: Zaifull@Stingray Wrote On Sunday, July 26, 2009 ::- Yasmin Ahmad meninggal dunia |
Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelah dilaporkan tenat awal malam ini. Pemergian
Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini
bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3
sebentar tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ. Khamis
lalu, Yasmin dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu
setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3. Beliau
waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti
Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau
dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan. Siti
Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dilaporkan turut
memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang
doktor panel stesen tersebut. Di hospital pakar itu, para doktor
dilaporkan berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan otak
kira-kira jam 6 petang hari yang sama. Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin
cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa
anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San
Francisco, Singapura dan Cannes. Source: Malaysiakini
Permalink
|
| Category:
Information |
|
posted by zaifull @
Sunday, July 26, 2009 01:36 pm
|
|
If you want to be updated on this blog, enter your
email here:
|
|
-:: Zaifull@Stingray Wrote On Wednesday, July 22, 2009 ::- Gerhana Matahari of July 22, 2009 |
The solar eclipse of July 22, 2009(TODAY), is the longest total solar eclipse of the 21st century, lasting at most 6 minutes, 39 seconds.[1] It has caused tourist interest in eastern China, Nepal and India. The eclipse is part of saros series 136, like the record-setting solar eclipse of July 11, 1991. The next event from this series will be on August 2, 2027. The exceptional duration is a result of the moon being near perigee, with the apparent diameter of the moon 8% larger than the sun (magnitude 1.080) and the Earth being near aphelion where the sun appears slightly smaller. It was visible from a narrow corridor through northern Maldives, northern Pakistan and northern India, eastern Nepal, northern Bangladesh, Bhutan, the northern tip of Myanmar, central China and the Pacific Ocean, including the Ryukyu Islands, Marshall Islands and Kiribati. Toady totality it was visible in many large cities, including Surat, Vadodara, Bhopal, Varanasi, Patna, Dinajpur, Siliguri, Tawang, Guwahati, Chengdu, Nanchong, Chongqing, Yichang, Jingzhou, Wuhan, Huanggang, Hefei, Hangzhou, Wuxi, Huzhou, Suzhou, Jiaxing, Ningbo and Shanghai, as well as over the Three Gorges Dam.[6][7] According to some experts, Taregana[8][ 9] in Bihar is the "best" place to view the event. A partial eclipse was seen from the much broader path of the Moon's penumbra, including most of Southeast Asia (all of India and China) and north-eastern Oceania. This solar eclipse will be the longest total solar eclipse that will occur in the 21st century, and will not be surpassed in duration until June 13, 2132. Totality will last for up to 6 minutes and 39 seconds, with the maximum eclipse occurring in the ocean at 02:35:21 UTC about 100 km south of the Bonin Islands, southeast of Japan. The uninhabited North Iwo Jima island is the landmass with totality time closest to maximum, while the closest inhabited point is Akusekijima, where the eclipse will last 6 minutes and 26 seconds..
Permalink
|
| Category:
Information |
|
posted by zaifull @
Wednesday, July 22, 2009 03:48 pm
|
|
If you want to be updated on this blog, enter your
email here:
|
|
-:: Zaifull@Stingray Wrote On Tuesday, July 21, 2009 ::- Benarkah ramalan ini bakal berlaku esok? |
Tsunami will hit again??? There is a prediction that there will be another tsunami hitting on July 22nd. It is also when there will be sun eclipse. Predicted that it is going to be really bad and countries like Malaysia (Sabah & Sarawak), Singapore, Maldives, Australia, Mauritius, Si Lanka, India, Indonesia, Philippines are going to be badly hit.Aku tak percaya, tapi harap-harap takde apa yang berlakulah esok...
Permalink
|
| Category:
Information |
|
posted by zaifull @
Tuesday, July 21, 2009 04:15 pm
|
|
If you want to be updated on this blog, enter your
email here:
|
|
|
|