Entry: Advance anniversary gift? Saturday, August 01, 2009



Hari ini tanpa pengetahuan isteri aku, aku telah membeli seutas rantai emas. Cadangan tu untuk surprise kan dia sebagai hadiah anniversary perkahwinan aku yang ke-7 pada 31 ogos nanti. Masa aku pergi beli tu, aku bawa anak-anak aku sekali. Selepas proses pembelian, aku terus simpan dan warning anak-anak aku supaya tak memberitahu ibunya.

Malang tak berbau, petang tadi isteri aku keluar membawa anak-anak aku sekali. Tak sangka pulak anak aku gi hebohkan juga... Kantoi jugalah surprise aku akhirnya. Tak boleh simpan rahsia betul laa anak aku ni. Hampeh!!!!!

So, sekarang dah jadi advance present je laa... huhuhuhu!!!! So, inilah rupa rantai emas yang aku beli tadi... Aku beli awal sebab harga emas kat kedai hari ni RM105.99 segram tapi satu kedai je la harga tu. Kedai-kedai lain semua RM108.






   1 comments

GaDiS
August 7, 2009   11:18 AM PDT
 
bertuah dapat laki ingt anniv camni :P

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments